Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, March 28, 2012

jatuh jua...


ada ketikanya.. jatuh jua air mata ini.. sudah cuba untuk bertahan... sudah cuba untuk tidak menjadi terlalu lemah.. sudah cuba untuk berdiri gah tak mahu mengalah... tapi bila segala perit tidak dihargai.. malah di balas dengan kata kata tajam bagaikan pisau... di balas dengan tindak  tanduk yg tiada belas nya...maka.. jatuh jua air mata ini...

keciwa apabila sokongan yang diharap.. kata kata tajam pula sebagai balasan.. hina sangatkah diri ini ? siapakah aku di matanya.. belum cukupkah lagi segala pengorbanan ini... aku tidak meminta minta.. aku tidak merengek rengek... adilkah?

aku perlu lebih kuat.. allah.. berilah kami kekuatan dan petunjuk.. agar tidak menjadi sekejam itu... tidak mengecewakan mereka yang mengharap... tidak melupakan segala pengorbanan mereka.. tidak lagi mengharap!! sudah!! jgn lagi berharap..lupakanlah segala harapan... penuhi tanggungjawab mu... balasan yang adil pasti menunggu. InsyaAllah....

 

No comments:

Post a Comment